Moody's Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang, disokong oleh keadaan makroekonomi yang kukuh dalam dan luar negara.
Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody's, Simon Chen, berkata dalam satu kenyataan hari ini, persekitaran itu memberi sokongan kepada bank-bank Malaysia di samping membantu menstabilkan kualiti aset dan keuntungan.
Dalam masa yang sama, katanya, pertumbuhan pinjaman lebih pantas dijangkakan, kekal pada kadar yang lebih perlahan daripada pengekalan keuntungan bank-bank, yang membawa kepada penampan modal yang lebih kukuh.
Rumusan Moody's itu terkandung dalam laporannya yang baru dikeluarkan bagi bank-bank Malaysia bertajuk, "Robust Macro Conditions and Improving Capitalisation Support Stable Outlook," dan dikarang oleh Chen.
Prospek stabil itu adalah berdasarkan kepada penilaian Moody's terhadap enam pemacu, iaitu persekitaran operasi (stabil), kualiti aset (stabil), modal (bertambah baik), pembiayaan dan mudah tunai (stabil), keuntungan dan kecekapan (stabil) dan sokongan kerajaan (stabil).
Mengenai persekitaran operasi, Moody's berkata meskipun keadaan makroekonomi yang terbukti kukuh, ketidaktentuan dasar memberi risiko dan mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018, dan pinjaman meningkat 6-7 peratus dalam tempoh yang sama.
Penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan meningkatkan penggunaan swasta dan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun, ketidakpastian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaruhi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018.
Mengenai kualiti aset bank, Moody's berkata ia dijangka kekal stabil dalam keadaan tekanan yang berkurangan dalam kalangan syarikat korporat yang bermasalah dan pertumbuhan perlahan paras hutang isi rumah.
Pembentukan pinjaman tidak berbayar baharu akan kekal perlahan dalam keadaan kenaikan sederhana kadar faedah, apabila keuntungan bertambah baik dan pertumbuhan pinjaman isi rumah berisiko berkurangan.
Bagi permodalan, paras akan meningkat, apabila penjanaan modal mengatasi pertumbuhan aset, dan terbukti mencukupi untuk mengimbangi pelarasan sekali berbanding nisbah modal bagi memenuhi standard MFRS 9.
Moody's juga berkata pembiayaan dan mudah tunai bank-bank dijangka kekal stabil.
Nisbah pinjaman berbanding deposit bank, terutamanya, akan meningkat apabila pertumbuhan pinjaman melonjak, tetapi nisbah itu kekal di bawah 100 peratus.
Selain itu, bank-bank akan kekal berada dalam kedudukan selesa untuk memenuhi keperluan minimum di bawah peraturan mudah tunai dan pembiayaan Basel III.
Mengenai keuntungan, Moody's berkata hasil yang bertambah baik -- dirangsang oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih pantas -- akan menyokong profil keuntungan bank-bank.
Pertumbuhan pinjaman lebih pantas akan meningkatkan pendapatan pra-peruntukan, walaupun persaingan sengit dalam deposit akan mengehadkan peningkatan margin faedah bersih.
Kos kredit akan meningkat disebabkan oleh standard baharu MFRS 9, tetapi hanya sedikit, berikutan keadaan kredit yang terus rendah.
Sokongan kerajaan terhadap bank-bank semasa tempoh sukar dijangka berterusan.
Pembaharuan perundangan baru-baru ini tidak membayangkan sebarang peralihan dalam dasar kerajaan bagi resolusi bank-bank bermasalah selain pembubaran, dengan kurangnya undang-undang untuk memaksa pemiutang bank menanggung kos sebarang usaha menyelamatkan bank.
Moody's memberi penarafan kepada 11 bank di Malaysia - lapan bank perdagangan konvensional, sebuah bank pelaburan, sebuah bank Islam dan sebuah institusi kewangan pembangunan milik kerajaan.
Bank-bank perdagangan yang diberi penarafan menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jumlah pinjaman dan deposit dalam sistem perbankan Malaysia pada akhir 2017.
Moody's juga mengekalkan prospek stabil bagi sistem perbankan Malaysia sejak 2010. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 18 2018
Moody's berkata, ketidakpastian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaruhi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018. - Gambar fail
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Bank besar Malaysia mampu depani persaingan daripada bank digital inovatif - Moody's Investors
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan.
Bank-bank di Malaysia sedia beralih ke perbankan digital - Kajian Backbase
Sektor perbankan runcit di Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi persaingan dengan menawarkan pelbagai khidmat digital yang baharu buat para pelanggan.
Bank Malaysia miliki permodalan dan kecairan baik, prospek kekal stabil - Moody's
Beberapa bank Malaysia mencatatkan prestasi lebih baik berbanding 2020 bagi tempoh separuh pertama tahun ini.
Prospek bagi bank-bank Malaysia stabil - Moody's
Moody's Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang.